Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Sunday, June 28, 2009

Gerkorama 2009

Gerkorama di Asrama SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah pada hari Sabtu, 26.06.09 Puan Noriza mendaftarkan peserta nyanyian lagu irama Malaysia Ustaz Rosli dan Encik Zakri sebagai pengurus dan jurulatih pasukan bolasepak sekolah Pemain catur perempuan sekolah Pemain catur lelaki sekolah Bolasepak di Felcra Lubuk Sirih antara penyokong yang hadir Antara penjaring gol, Syameel, penyerang Liga KPM-FAM Perlis, dan Salleh, Olahragawan MSSPs. Manager merangkap penjaga garisan

Thursday, June 25, 2009

Perasmian Pesta Buku 2009

Pada pagi tadi bermula jam 9.30 pagi, dilangsungkan perasmian pesta buku peringkat negeri Perlis di Dewan SK Khong Aik, Kangar, Perlis. Perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kangar, YB Dato' Seri Mohd Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan aluan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Perlis. Dalam ucapan tersebut, beliau memberitahu bahawa Pesta Buku tahun ini telah bermula sejak dua hari yang lalu dan jumlah pengunjung sudah mencecah lebih 3000 orang, dengan promosi secara besar-besaran melalui televisyen, radio, media cetak dan banner-banner. Seterusnya ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Mohd Radzi. YB Dato' Seri dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada BTP kerana berjaya menganjurkan pesta buku secara besar-besaran seperti ini. Beliau turut memberi nasihat supaya hadirin menjadikan membaca sebagai amalan hidup. Walaupun ianya hanya secebis kertas digunakan untuk membalut belacan, terdapat pengetahuan dan ilmu untuk dipelajari. Seterusnya ialah penyampaian hadiah daripada dan kepada pengarah-pengarah syarikat buku yang mengambil bahagian. Majlis kemudiankan diteruskan dengan lawatan pameran. Pelbagai jenis buku ada dijual di sini termasuklah buku-buku pelajaran, buku-buku agama, majalah-majalah dan novel-novel remaja. Terdapat juga alatan-alatan ict untuk memudahkan pelajaran seperti cd-cd kursus matapelajaran, linguaphone, peralatan-peralatan komputer dan alat-alat permainan minda. Pakaian juga turut dijual di sini. Di luar dewan pula dijual makanan dan minuman untuk pengunjung melepaskan dahaga. terdapat juga gerai HPA yang menjual makanan tambahan untuk kesihatan seperti kopi Radix, kismis dan spirulina. Pelbagai acara dijalankan sepanjang pesta buku pada kali ini termasuklah cabutan bertuah dan potongan harga yang tinggi bagi menarik pengunjung ke sini. Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghadiri pesta buku peringkat negeri Perlis yang dilangsungkan sehingga Ahad atau 29 haribulan ini.