Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Saturday, May 30, 2009

Olahraga MSSM Bukit Jalil 2009

Laporan dan Gambar oleh Abdullah bin Sulaiman Pada 20/5 – 23/5/09 yang lalu seramai 29 orang atlet olahraga negeri Perlis telah terlibat dengan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan sekolah-Sekolah Malaysia kali ke 51 yang telah berlangsung di Stadium Bukit jalil, Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pelajaran Dato Sri Muhyddin Yassin. Seramai 9 orang pelajar dari SMK. Syed Hassan telah terpilih mewakili temasya kali ini. Antara atlet SMK. Syed Hassan yang terlibat ialah Mohd khairullah Abd Razak dari 4 arif, Salleh Mustafa 3 Amanah, Mohd Amirul Hafiz 3 Arif, Zalikha Zainol dan Hazwani Yusof 3 Amin, Nor Najiha Azman 4 Amal Naja Natasha Syakimar 4 Ari dan afina azamin dari 2 amanah.. Dua orang guru dari SMK. Syed Hassan terlibat secara langsung dalam kejohanan kali ini sebagai jurulatih. Atlet Perlis bersama-sama atlet-atlet negeri lain telah menginap di Hotel Pearl International kali ini. Pada tahun 2009 Pasukan Perlis telah menunjukkan semangat jaung yang tinggi namum nasib tidak menyebelahi apabila sekadar memperiolehi 1 pingat gangsa yang di sumbangkan oleh Nur Madiha bt Nadzeri dalam acara pentathelon. Kejohanaan kali ini Terengganu telah muncul sebagi Johan apabila memperolehi 13 emas mengatasi Kelantan, Kedah dan Sarawak. 2010 perlis berazam akan bangkit dari kegagalan kali ini. Pasukan perlis bertolak pulang pada 24/5 pada jam 930 pagi dengan penuh azam untuk membuktikan pada kejohanan Olahraga Edisi Kali Ke 52 yang akan berlangsung di bumi Terengganu 2010. Selamat Tinggal Semua….

Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti

Mulai esok sehingga 14 Jun 2009, semua sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia termasuklah SMK Syed Hassan akan mula bercuti pertengahan tahun. Semua warga Syed Hassan nampaknya ceria pada hari ini memandangkan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga selama 3 minggu. Golongan yang paling ceria ialah pelajar-pelajar sukan tingkatan 1 yang tinggal di asrama kerana peluang seperti ini jarang-jarang dapat dikecapi. Walau bagaimanapun, mereka tetap menjalankan tanggungjawab terakhir sebelum bercuti iaitu mengemaskan kelas dengan senang hati. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Wadzirah Ridzuan, sebagai ibu kedua kepada pelajar-pelajar ini turut memberikan peringatan dan pesanan yang harus dipegang sepanjang masa cuti nanti. Namun begitu, sanjungan harus diberikan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang bertugas pada musim cuti ini terutamanya yang pergi berjuang membawa nama baik sekolah dan negeri di kejohanan-kejohanan MSSM seluruh Malaysia. Saya dan rakan-rakan di Blog SMK Syed Hassan mengucapkan selamat bercuti dengan ucapan jangan lupa buat kerja sekolah dan rajin-rajinlah menolong ibu-bapa anda di rumah. Seperti ikrar bekas pelajar saya dahulu 'setinggi mana kejayaan ditempa, pulang mencium tangan ibu bapa'.

Wednesday, May 27, 2009

Latihan Koir Hari Guru Peringkat Negeri 2009

Latihan koir hari guru peringkat negeri 2009 telah dijalankan sejak hari jumaat yang lalu bagi memberikan persembahan yang terbaik pada hari sambutan nanti. Kumpulan koir ini disertai oleh guru-guru SMK Syed Hassan dan juga guru-guru dari sekolah berdekatan bagi memantapkan lagi paduan suara yang bakal kedengaran pada hari tersebut. Kumpulan koir ini juga mendapat sokongan kuat dari guru-guru muzik negeri Perlis yang sanggup datang membantu latihan mereka. Selain itu, guru-guru juga diajar mengenai asas-asas muzik seperti membaca not-not dalam gubahan lagu.

Taklimat MSSM

Pada pukul 3.00 petang tadi, satu taklimat khas telah dijalankan di dewan SMK Syed Hassan kepada atlit-atlit negeri Perlis sebelum pergi berjuang membawa nama negeri dan sekolah masing-masing dalam kejohanan MSSM yang bakal berlangsung pada cuti penggal ini. Taklimat yang dianjurkan oleh Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Perlis ini bertujuan memberi motivasi, pesanan dan peringatan kepada atlit-atlit sepanjang kejohanan MSSM nanti. En Nuzrin bin Nuiman, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis turut hadir memberi semangat dan menyerahkan bendera negeri kepada kontigen-kontigen yang hadir. Semoga atlit-atlit negeri Perlis pulang membawa kejayaan.

Saturday, May 23, 2009

Penubuhan Jawatankuasa PIBG-Kelas

Pada pagi ini, bermula pukul 9.00 pagi, satu perjumpaan PIBG telah diadakan di SMK Syed Hassan menemukan guru-guru kelas dan ibu bapa. Perjumpaan pada kali ini adalah untuk membolehkan ibu bapa turut serta dalam pengurusan kelas anak-anak mereka. Majlis dimulakan di dewan sekolah dengan Puan Siti Esah sebagai pengerusi majlis. Ucapan dimulai oleh Yang di-Pertua PIBG, Puan Azihani binti Dato' Ali. Beliau menerangkan tujuan perjumpaan kali ini dan berharap ibu bapa dan guru-guru dapat berganding bahu dalam menangani cabaran pembelajaran pada masa kini. Antara cadangan yang diberikan ialah meningkatkan keceriaan kelas bagi menghasilkan satu suasana pembelajaran yang selesa. Tuan pengetua pula dalam ucapan beliau melahirkan rasa terharu atas inisiatif PIBG untuk merapatkan jurang perhubungan antara ibu bapa dan guru-guru, rumah dan sekolah. Beliau mengucapkan tahniah di atas idea dan usaha PIBG dalam membantu meningkatkan pencapaian sekolah. Turut dilaporkan ialah kejayaan-kejayaan semasa sekolah dalam sukan dan akademik. Sesi seterusnya ialah soal jawab antara ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah. Beberapa orang ibu bapa memberikan pandangan, cadangan dan mengemukakan beberapa kemusykilan yang terbuku di hati. Selepas mengambil makanan, ibu bapa terus bergerak ke kelas untuk melihat sendiri keadaan kelas anak-anak mereka dan berbincang dengan guru kelas untuk kebaikan bersama. Ibu-bapa juga menanyakan keadaan anak-anak mereka di sekolah disamping menubuhkan jawatankuasa untuk bersama-sama membantu guru kelas. Majlis tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Friday, May 22, 2009

Perperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan lengang dan sunyi sepi pada pagi ini apabila semua pelajar mula mengambil peperiksaan pertengahan tahun. Pelajar datang lebih awal membuat ulangkaji minit-minit terakhir. Kehadiran pada hari ini dicatatkan pada 99% kecuali pelajar-pelajar yang benar-benar sakit. Setiausaha Peperiksaan SMKSH, Puan Noor Zariena berkata peperiksaan berjalan lancar pada hari ini. Semoga semua pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Adalah diingatkan bahawa meniru adalah satu kesalahan yang serius dan boleh dikenakan tindakan disiplin. Selamat menjawab peperiksaan.