Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Wednesday, June 3, 2009

Seminar Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan

Pada 1 dan 2 Jun 2009, SMK Syed Hassan dengan kerjasama Institut Sukan Negara dan Unit Sekolah Sukan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menganjurkan Seminar Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di Bilik Wawasan 2, SMKSH. Peserta-peserta yang hadir pada kali ini adalah jurulatih-jurulatih dan pengurus-pengurus sukan sekolah namun ada yang tidak dapat hadir kerana membawa pasukan untuk kejohanan MSSM. Peserta-peserta dari Sekolah Sukan Negeri Kedah, SMK Tunku Anum juga tidak dapat hadir kerana masalah teknikal. Namun yang demikian, seminar pada kali ini amat istimewa kerana Tuan Pengetua turut hadir sebagai peserta kursus. Seminar telah dirasmikan oleh Encik Mohd Karim bin Abd. Lah, Ketua Unit Sekolah Sukan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia pada pukul 8.30 pagi dalam satu upacara yang singkat dan ringkas. Tuan Pengetua, dalam ucapan aluan beliau mengucapkan terima kasih kerana pihak ISN memilih SMK Syed Hassan untuk seminar ini. Seminar dimulakan oleh Pengarah Pusat Satelit ISN, Encik Lam Fei Eng mengenai fungsi ISN dan pengaplikasian kemahiran sains sukan untuk tujuan perancangan, latihan dan pertandingan. Beliau memberikan contoh-contoh latihan atlit-atlit Malaysia seperti Pasukan Bolasepak Kebangsaan dan Datuk Lee Chong Wei. Penceramah yang kedua pula ialah Cik Loo Lean Hiong, Pegawai Pusat Pemakanan Sukan, ISN.Beliau memberikan ceramah mengenai pemakanan atlit sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Menurut beliau, dalam satu pertandingan yang pasukannya seimbang, faktor-faktor pemakanan dan rehat adalah amat penting kerana kekurangan makan dan rehat boleh menyebabkan seseorang atlit itu tidak dapat menumpukan perhatian dan mudah pitam. Seterusnya giliran Cik Ng Hui Hwa dari Pusat Fisiologi Senam memberikan ceramah yang bertajuk 'Application of basic recovery for athlete'. Menurut beliau antara cara-cara untuk mempercepatkan pemulihan kecederaan ialah melalui;1. Relaxation (rehat), Hydrotherapy (terapi air), 3. Compression garment (pakaian melekap), 4. sleep (tidur), 5. nutrition (makanan tambahan), 6. Massage (urutan) dan 7. Stretching (regangan). Sesi tengahari pula dimulakan oleh Cik Norwinda Mahpol dari Pusat Psikologi Sukan mengenai pendekatan psikologi sukan kepada atlit remaja. Beliau memberikan beberapa contoh aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan bersama-sama atlit bagi meningkatkan prestasi atlit di padang. Peserta-peserta juga diberikan peluang untuk mencuba beberapa aktiviti psikologi. Sebelum tamat sesi pertama, Puan Syarifah Fathynah Syed Sheikh memberikan ceramah bertajuk ' Aplikasi Suaian Fizikal Kepada Atlit Remaja Sekolah'. Beliau memberikan tumpuan kepada pengaplikasian latihan suaian fizikal berdasarkan prinsip-prinsip latihan dan pembolehubah latihan mengikut peringkat umur kerana setiap tempoh pembesaran memerlukan tumpuan latihan berbeza. Pada hari kedua, Puan Rosnah Mat Yatim dari pusat perubatan sukan, ISN, yang mempunyai banyak pengalaman dengan atlit-atlit kebangsaan memberikan ceramah mengenai perubatan sukan dan praktikal. Beliau menyarankan penggunaan kaedah saintifik yang efektif tanpa memberikan impak negatif kepada kesihatan dan aspek keselamatan. Akhir sekali,pasukan pusat analisa sukan, ISN, memberikan ceramah mengenai aplikasi dan alternatif analisis sukan. Mereka menunjukkan cara-cara analisis sukan menggunakan teknologi canggih yang dapat digunakan terus oleh jurulatih semasa dan selepas pertandingan untuk memperbaiki prestasi atlit. Seminar tamat pada pukul 12 tengahari. ISN akan mengadakan sesi seterusnya di SSN Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian. Diharapkan seminar ini memberikan satu perspektif baru untuk jurulatih-jurulatih SMK Syed Hassan.

No comments:

Post a Comment