Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Monday, June 15, 2009

Kerja Menaik Taraf Dataran Perhimpunan dan Anjung Tamu

Gambar sebelum Gambar semasa Gambar selepas ???? Pada hari ini, kerja-kerja kontrak menaik taraf dataran perhimpunan dan anjung tamu dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Perhimpunan terpaksa disingkatkan memandangkan tempat tersebut tidak sesuai dan terdapat banyak benda-benda berbahaya disekeliling. Sesi penggambaran juga terpaksa ditangguhkan atas sebab yang sama. Agak mengecewakan kerana kerja-kerja tersebut sepatutnya dijalankan pada masa cuti sekolah supaya tidak menganggu perjalanan persekolahan. Namun yang demikian, warga Syed Hassan melahirkan rasa gembira kerana perubahan imej dan prasarana yang bakal diperolehi nanti.

1 comment:

  1. perhimpuan tadi xbest
    kalo buat lama2 kan best
    tgk riaksi cikgu2 syed hassan berjemo..

    ReplyDelete