
Mulai esok sehingga 14 Jun 2009, semua sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia termasuklah SMK Syed Hassan akan mula bercuti pertengahan tahun. Semua warga Syed Hassan nampaknya ceria pada hari ini memandangkan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga selama 3 minggu. Golongan yang paling ceria ialah pelajar-pelajar sukan tingkatan 1 yang tinggal di asrama kerana peluang seperti ini jarang-jarang dapat dikecapi.

Walau bagaimanapun, mereka tetap menjalankan tanggungjawab terakhir sebelum bercuti iaitu mengemaskan kelas dengan senang hati.

Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Wadzirah Ridzuan, sebagai ibu kedua kepada pelajar-pelajar ini turut memberikan peringatan dan pesanan yang harus dipegang sepanjang masa cuti nanti.

Namun begitu, sanjungan harus diberikan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang bertugas pada musim cuti ini terutamanya yang pergi berjuang membawa nama baik sekolah dan negeri di kejohanan-kejohanan MSSM seluruh Malaysia.

Saya dan rakan-rakan di Blog SMK Syed Hassan mengucapkan selamat bercuti dengan ucapan jangan lupa buat kerja sekolah dan rajin-rajinlah menolong ibu-bapa anda di rumah. Seperti ikrar bekas pelajar saya dahulu 'setinggi mana kejayaan ditempa, pulang mencium tangan ibu bapa'.