Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Thursday, May 7, 2009

Jamuan Keraian Kejohanan Bolasepak MSSPs

Satu jamuan makan malam bagi meraikan kejayaan SMK Syed Hassan menjuarai kejohanan bolasepak MSSPs bawah 15 dan 18 tahun telah diadakan di kantin sekolah bermula jam 9.00 malam pada 5 Mei yang lalu. Jamuan tidak formal ini turut dihadiri oleh penyokong nombor 1 pasukan bolasepak sekolah iaitu tuan pengetua, Encik Abdul Aziz bin Abdullah dan Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mahizan bin Mustafa. Turut diundang ialah guru-guru yang terlibat dengan bolasepak, pemain-pemain dan krew-krew kejohanan. Pasukan bolasepak tahun 2008 juga turut hadir memeriahkan majlis.

No comments:

Post a Comment