Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Saturday, May 2, 2009

Hoki MSSPs (Separuh Akhir)

Pada 30 April 2009, telah dilangsungkan pertandingan hoki MSSPs pusingan kedua. Di dalam pusingan ini, dua kumpulan yang setiap satu terdiri dari tiga pasukan berentap untuk merebut tempat untuk ke pertandingan akhir. Pasukan SMKSH telah diundi ke dalam kumpulan B bersama-sama pasukan MRSM dan SMKDSA. Dalam perlawanan pembukaan pusingan kedua ini, pasukan sekolah telah bertemu pasukan MRSM di Turf Hoki, Kompleks Sukan Negeri Perlis pada jam 3.00 petang. Pasukan sekolah, berjersi putih, dengan formasi 4-3-3, tanpa membuang masa menjaringkan gol pertama perlawanan seawal minit pertama melalui hasil umpanan Mohd Hafiz kepada Mohd Khairul Razin. Akan tetapi, permainan selepas itu menjadi agak kucar kacir dan gerakan-gerakan tidak menjadi mungkin akibat tidak mengikut percaturan jurulatih. Selepas ditegur oleh jurulatih pasukan, En. Nor Rashid selepas tamat separuh masa pertama, pemain-pemain sekolah kembali menunjukkan taring apabila berjaya menyumbat 3 biji gol melalui pengawalan permainan yang sangat baik. Gol kedua diperolehi melalui pemain berjersi 10, Mohd Faizul melalui gerakan-gerakan cantik dari tengah padang, manakala gol ketiga melalui Hafiz. Sebelum tamat perlawanan Mohd Faisal Hakimi menjaringkan gol keempat melalui satu bola 'chip' yang amat baik. kedudukan akhir, SMKSH 4 MRSM 0.

No comments:

Post a Comment