Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Saturday, May 23, 2009

Penubuhan Jawatankuasa PIBG-Kelas

Pada pagi ini, bermula pukul 9.00 pagi, satu perjumpaan PIBG telah diadakan di SMK Syed Hassan menemukan guru-guru kelas dan ibu bapa. Perjumpaan pada kali ini adalah untuk membolehkan ibu bapa turut serta dalam pengurusan kelas anak-anak mereka. Majlis dimulakan di dewan sekolah dengan Puan Siti Esah sebagai pengerusi majlis. Ucapan dimulai oleh Yang di-Pertua PIBG, Puan Azihani binti Dato' Ali. Beliau menerangkan tujuan perjumpaan kali ini dan berharap ibu bapa dan guru-guru dapat berganding bahu dalam menangani cabaran pembelajaran pada masa kini. Antara cadangan yang diberikan ialah meningkatkan keceriaan kelas bagi menghasilkan satu suasana pembelajaran yang selesa. Tuan pengetua pula dalam ucapan beliau melahirkan rasa terharu atas inisiatif PIBG untuk merapatkan jurang perhubungan antara ibu bapa dan guru-guru, rumah dan sekolah. Beliau mengucapkan tahniah di atas idea dan usaha PIBG dalam membantu meningkatkan pencapaian sekolah. Turut dilaporkan ialah kejayaan-kejayaan semasa sekolah dalam sukan dan akademik. Sesi seterusnya ialah soal jawab antara ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah. Beberapa orang ibu bapa memberikan pandangan, cadangan dan mengemukakan beberapa kemusykilan yang terbuku di hati. Selepas mengambil makanan, ibu bapa terus bergerak ke kelas untuk melihat sendiri keadaan kelas anak-anak mereka dan berbincang dengan guru kelas untuk kebaikan bersama. Ibu-bapa juga menanyakan keadaan anak-anak mereka di sekolah disamping menubuhkan jawatankuasa untuk bersama-sama membantu guru kelas. Majlis tamat pada pukul 12.00 tengahari.

1 comment: