Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Tuesday, May 19, 2009

Bolasepak Piala KPM-FAM (Sarawak) Hari Ketiga

Pada hari ini rombongan disertai oleh rombongan guru-guru SMKSH dan keluarga melalui pakej yang ditawarkan oleh BKP. Pada awal pagi, rombongan guru-guru bertolak ke Pasar Tamu Satok untuk membeli belah. Pelbagai barangan dijual disitu oleh penjual-penjual dari seluruh negeri Sarawak yang berkampung di situ selama 2 hari 2 malam. Antara barang-barang yang boleh dibeli termasuklah ikan terubuk masin, binatang peliharaan, barang-barang antik dan sebagainya. Rombongan bolasepak sekolah pula bertolak ke Stadium Negeri Sarawak pada pukul 1.00 tengahari. Perlawanan bermula pada pukul 2.30 petang menemukan pasukan bawah 17 Perlis dan Sarawak. Pasukan Sarawak membuka jaringan pada babak pertama sebelum pemain gantian, Mohd Norhamizaref menjaringkan gol penyamaan. Kedudukan akhir 1-1. Pasukan bawah 14 pula kurang bernasib baik walaupun mendahului 1-0 melalui jaringan Qharil Azwan dan Mohd Syamierul berjaya menepis bola penalti apabila kalah kepada pasukan Sarawak 3-1. Cabaran piala KPM-FAM akan diteruskan tahun hadapan dan diharapkan pasukan sekolah akan lebih mantap dan mampu menjulang piala tersebut dalam percubaan seterusnya.

No comments:

Post a Comment