Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Friday, May 8, 2009

kursus kepimpinan dan pengurusan kokurikulum rakan muda 2009

Pada 7 Mei 2009, bermula jam 8.00 pagi, satu kursus kepimpinan dan pengurusan kokurikulum telah dijalankan di Kem Semarak, Sungai Batu Pahat. Pelajar-pelajar yang menyertai kem pada hari ini terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi setiap kelab dan persatuan. Program anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis ini bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar ini dalam pengurusan kelab dan persatuan di sekolah. Berikut ialah laporan program mengikut kronologi. 8.00 pagi -Pendaftaran Peserta kursus seramai 150 orang tiba ke kem dengan menaiki tiga buah bas. Peserta kemudiannya bergerak ke dewan dan mendaftar di situ. Pendaftaran dikendalikan oleh Puan Fairunnishah binti Ali dan Puan Kartini binti Din. Pelajar diberikan kelengkapan kursus termasuklah fail, pen dan aturcara kursus. 9.00 pagi -Perasmian Tuan pengetua dalam ucapan perasmian beliau telah menekankan tentang ciri-ciri kepimpinan yang patut ada pada seorang pemimpin. Beliau juga memberi keutamaan kepada komunikasi yang baik dalam sesuatu persatuan. Turut dirakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan jabatan belia dan sukan negeri perlis dalam melancarkan kursus pada hari ini. 9.30 pagi-ice-breaking Sesi ice breaking dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor SMK Syed Hassan iaitu Encik Ahmad Nasir bin Mahidin, Encik Noor Nasruddin bin Safar dan Puan Razmaliza binti Zabri. Pada mulanya semua peserta diarahkan duduk di lantai. Sesi dimulakan oleh Encik Mohd Nasir dengan sedikit aktiviti senaman. Puan Rasmaliza memimpin aktiviti seterusnya iaitu mengenal kawan. Pelajar-pelajar diminta menulis satu huruf secara rawak dan mencari seorang rakan kursus yang namanya bermula dengan huruf tersebut. Aktiviti ketiga pula ialah cuba memecahkan belon di kaki kawan disamping menjaga belon yang diikat di kaki sendiri. 11.30 pagi-Ceramah 1: Penyediaan Laporan Encik Ishak bin Hassan, Guru Kanan Bahasa, memberikan taklimat mengenai penyediaan laporan kelab dan persatuan. Mengaplikasikan teknik dan format yang digunakan dalam Bahasa Melayu SPM dan diubahsuai untuk menepati keperluan semasa. Beliau turut menyediakan contoh laporan yang telah dibuat. Antara isi-isi penting ialah laporan yang ditulis hendaklah mengandungi tarikh, masa, objektif dan senarai nama peserta. Setiap setiausaha yang hadir telah diberikan tugas untuk menyediakan laporan untuk kursus pada hari ini. 12.00 pagi-Ceramah 2 : Pengurusan Dalam Organisasi Encik Mahizan Mustafa, Penolong Kanan Kokurikulum, memberikan ceramah mengenai pengurusan dalam organisasi dengan menggunakan kemudahan computer dan lcd yang disediakan. Encik Mahizan mendefinasikan aktiviti kokurikulum bagi menjelaskan tanggungjawab dan kuasa setiap ahli jawatankuasa yang hadir. Beliau kemudiannya memberikan taklimat mengenai prosedur penubuhan persatuan dan kelab, dokumen-dokumen yang sepatutnya ada di dalam fail persatuan, aktiviti-aktiviti wajib persatuan, perancangan-perancangan aktiviti dan perlembagaan persatuan. Beliau turut memberikan penjelasan mengenai tugas-tugas khas setiap ahli jawatankuasa daripada pengerusi sehinggalah ke ahli biasa. 2.30 petang -LDK Puan Siti Esah binti Musa dan Puan Suzana binti Baharom mengendalikan sesi latihan untuk menulis laporan kursus dan menyediakan carta organisasi bagi kelab dan persatuan. Peserta-peserta dibahagikan kepada 15 kumpulan dan diberikan kelengkapan seperti kertas mahjong dan pen marker untuk melaksanakan tugas yang diberikan. 4.00 petang –Pembentangan Para peserta kemudiannya membentangkan hasil kerja kumpulan mereka. Pelbagai idea-idea baru dapat dikongsi bersama dikalangan ahli disamping memberikan keyakinan kepada mereka untuk memberikan ucapan di khalayak ramai. 4.30 petang –Majlis Penutup Majlis penutup telah dilangsungkan pada pukul 4.30 petang dan dihadiri oleh Encik Kamarulzaman bin Abdul Hamid, Ketua Unit Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan, Negeri Perlis. Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil-sijil dan hadiah kepada para peserta. Encik Mahizan bin Mustaffa dalam ucapannya menyampaikan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Belia dan Sukan dan semua yang terlibat. Encik Kamarulzaman dalam ucapan penutupnya membakar semangat kepada para peserta untuk meneruskan tanggungjawab di sekolah.

2 comments:

  1. Saya berpendpt xtvt yg dijlnkan mnarik, kbetulan sy sedg mencari xtvt yg menyeronokkn untuk ice breaking sbg preparation tuk progrm camping skolah sy..trime kasih byk ye

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum,

    Ingin saya berkongsi maklumat. Nama saya Hj Noor Halim warga Brunei yang menetap di Kuala Lumpur. Saya ada menyedia kan dan memberi khidmat pakej melancong ke Brunei ( Islamic Tour)

    Pakej ini termasuk hotel 2 malam twin sharing, makan tengahari dan transport. Saya telah pun banyak mengendali kan tour tersebut yang mana antara rombongan yang saya buat ada lah dari pusat pusat tahfiz di Malaysia, MARA dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan banyak lagi. Saya boleh mengendali kan lawatan bercuti atau pun lawatan rasmi.

    Saya boleh di hubungi di talian 012 6472424 atau pun di email noorhalimabunaim@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

    Terima kasih
    HN Halim
    012 6472424

    ReplyDelete