Hari kedua dimulakan dengan latihan kecergasan seawal pukul 6 pagi yang diambil oleh jurulatih-jurulatih pasukan. Selepas makan pagi, sebuah bas telah ditempah khas untuk mengelilingi bandar Kuching. Perjalanan tersebut telah memberi banyak pengajaran mengenai budaya masyarakat setempat yang banyak berbeza dengan masyarakat semenanjung. Namun yang demikian, rombongan hanya banyak menghabiskan masa di atas bas memandangkan hari hujan. Antara tempat-tempat dilawati adalah taman buaya dan taman negara untuk melihat habitat asli orang utan. Rombongan kemudiannya bergegas balik untuk makan tengahari dan latihan di padang SMK Tabuan Jaya. Aktiviti malam dihadkan memandangkan pasukan perlu menyimpan tenaga untuk perlawanan esok. Pasukan dinasihatkan tidur awal pada malam ini.


No comments:
Post a Comment