Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Sunday, May 10, 2009

Perkhemahan Sains dan Matematik

Laporan oleh: MUHAMMAD AZZURIQ BIN NAZIM Jabatan Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan telah menganjurkan Program motivasi Dan kecermelangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 Matematik Dan Sains pada tanggal 23 hingga 25 April 2009. Program ini disertai oleh 60 orang pelajar yang terdiri daripada 40 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Selain itu, program ini juga diiringi oleh 6 orang guru. Sebelum bertolak ke tapak kem yang terletak di Kuala Perlis, kami telah diberi taklimat ringkas tentang disiplin dan pantang larang ketika program sedang berlansung. Sejurus selepas itu, bas bertolak tepat jam 3.30 petang. Tiga puluh minit kemudian, para pelajar tiba di tapak kem yang terletak berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)DI Kuala Perlis. Kemudian, kami mendaftarkan diridan diberi sedikit taklimat tentang program yang akan berlangsung. Seterusnya, pembahagian kumpulan dijalankan supaya memudahkan perjalanan program yang dirancang.Selain itu,pembahagian kumpulan juga dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.Kami berehat lebih kurang satu jam untuk menunaikan solat dan makan malam.Sejurus selepas itu, tepat jam 9.30 malam, kami diberi ceramah Konservasi Alam Sekitar.Misalnya, ceramah ini mengajar kami bagaimana hendak memelihara dan memulihara hidupan flora dan fauna pada zaman sekarang.Oleh itu, selepas tamatnya ceramah, kami diberi sedikit makanan dan dibenar tidur untuk merehatkan badan Selepas tamatnya hari pertama,hari kedua kami dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah dan senaman pagi.Selepas bersenam, kami dibenarkan mandi dan dihidangkan sarapan.Seterusnya, semua peserta dibahagikan beberapa tempat untuk mula melakukan aktiviti seterusnya iaitu kuiz sains.Kuiz ini berlangsung selama satu jam dan diteruskan dengan aktiviti “ Blind Trial dan Stimulasi”.Para peserta diarahkan menutup mata dan berjalan mengikut arah yang diberi.Apabila sampai ke suatu tempat, kami diarahkan untuk duduk dan menunggu giliran untuk melakukan aksi yang seterusnya sambil ,ata tertutup.Apabila tiba masanya,kami diarahkan memengang tali dan mengikut arah ke mana sahaja tali itu tanpa melepaskannya. Sedar tak sedar kami seorang demi seorang telah memasuki parit yang berlumpur kerana mengikiut arah tali yang dipegang. Aktiviti ini sangat mencabar kesabaran para peserta dan mengajar peserta supaya tidak bergantung terhadap satu dera sahaja.Selepas tamatnya aktiviti ini, kami dibenarkan berehat, menunaikan solat dan menjamu selera. Tepat jamp 2.30 petang, kami dikerahkan untuk beratur dihadapan bilik pentadbiran untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu menjelajahi gua.Sebelum menjelajahi gua, kami diberi sedikit penerangan dan taklimet semasa berada di dalam gua. Seterusnya,kami menjalani aktiviti menjelajahi gua.Tidak kurang hebatnya ,kami terpaksa merangkak dan menyusul untuk melepasi lubang-lubang yang sempit itu. Aktiviti inidijalankan untuk menguji kesabaran para peserta semasa menempuh kesusahan.Sejurus selepas itu, kami dibenarkan berehat dan menunaikan solat Asar. Selepas selesai minum petang, kami meneruskan aktiviti merentas hutan yang memeksa kami menaiki lebih kurang 150 anak tangga untuk menuju ke puncak bukit. Setelah sampai ke puncak bukit kami di arah berehat.Lebih kurang sepuluh minit,kami meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu mrncari 8 jenis tumbuhan yang berbeza spesisnya.Sejurus selepas itu, para peserta dibenarkan pulang ke tempat penginapan dan berehat.Seterunya,tepat jam 8 malam,para peserta diminta masuk ke dewan kuliah untuk menerskan aktiviti iaitu mendengar ceramah motivasi selam satu jam 30 minit ia cukup memberi semangat dan pengajaran yang berguna kepada para peserta.Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Ahmad Nasir dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan.Acara yang terakhir yang berlangsung ialah kuiz matematik.Kuiz ini sama seperti kuiz sains dimana 10 tempat teratas akan memenagi hadiah.Kuiz ini belangsung selama satu jam tiga puluh minit.Setelah selesai kuiz matematik,para peserta diberi sedikit makanan ringan dan dibenarkan pulang ke tempat penginapan. Hari Ketiga dimulakan Qiamullai iaitu bagun pada waktu malam dan menunaikan ibadah kepada Allah.Program ini diketuai oleh Ustaz Mohd Nor.Bermula dari jam lima pagi sehingga solah subuh.Setelah solat subuh,kami melakukan senaman pagi seperti hari-hari yang sebelumnya yang diketuai oleh Cikgu Azmira.Kemudian,para peserta dibenarkan membersihkan diri dan sarapan.Para peserta meneruskan aktiviti iaitu bengkel sains dimana ia merupakan aktiviti berkumpulan dan perlu menggunakan tumbuhan yang dicari oleh peserta pada hari kedua.Kemudian,para peserta meneruskan aktiviti dengan meminta supaya ahli kumpulah bekerjasama mencari bearing menggunakan setiap kompas yang diberikan.Setelah selesai aktiviti di hari ketiga para peserta berkemas dan bergotong royang membersihkan kawasan kem sebelum bermulanya majlis penutup yang dijadualkan pada pukul 12.30 tengahari.Majlis penutup dimulan dengan upacara penyampaian hadia dan sijil-sijil penghargaan kepada para peserta dan diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh En. Abdul Aziz Bin Abdullah. Tepat jam 2 petang, para peserta bersurai meninggalkan tapak kem dengan menaiki bas.Para peserta melahirkan rasa gembira dan terima kasih atas usaha pihak sekolah untuk terus maju.Bagi pihak sekolah pula,kelemahan pada program kali ini akan diperbaiki pada tahun akan datang

No comments:

Post a Comment