Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Friday, May 8, 2009

Hoki MSSPs (Akhir)

SMK Syed Hassan sekali lagi pada hari ini mencipta sejarah apabila menggondol kejuaraan kejohanan hoki MSSPs untuk kategori lelaki dan perempuan. Perhitungan terakhir bermula jam 3.00 petang dengan pertandingan akhir hoki perempuan diantara pasukan SMKSH dan pasukan SMK Dato' Sheikh Ahmad. Pasukan sekolah telah menang bergaya menundukkan pasukan lawan dengan jaringan 5-0. Sebaliknya pasukan hoki lelaki sekolah terpaksa berjuang berhempas pulas untuk menewaskan pasukan lawan mereka dari SMK Kuala Perlis. Pasukan sekolah yang ketinggalan 1-0 hanya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir melalui jaringan mohd fajarul Perlawanan yang di bawa ke masa tambahan itu kekal dengan kedudukan 1-1 sehinggalah terpaksa diakhiri dengan penalti. Pasukan SMKSH yang lebih berpengalaman dalam mengambil penalti ini akhirnya berjaya menjadi johan MSSPs apabila beberapa cubaan pasukan lawan dapat ditepis oleh penjaga gol,Amirul Hafiz. Jurulatih pasukan hoki lelaki, Encik Nor Rashid, ketika dihubungi berkata beliau bersyukur kerana dapat mempertahankan kejuaraan pada tahun ini. En Nuzrin bin Nuiman, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan,Jabatan Pelajaran Negeri Perlis telah hadir untuk menyampaikan pingat dan menutup kejohanan. Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir termasuklah Encik Mahizan bin Mustaffa, Penolong Kanan Kokurikulum yang bergegas datang dari program di Sungai Batu Pahat untuk turut serta memberi semangat kepada pasukan sekolah. Gambar oleh Ahmad Tarmizi bin Khamis

1 comment:

  1. hey, i really like your blog, just hoping you could follow me as well? no pressure or anything haha, just trying to build a following. have a great day!

    ReplyDelete