Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Tuesday, May 19, 2009

Bolasepak Piala KPM-FAM (Sarawak) Hari Keempat

Hari keempat adalah hari terakhir kami di Sarawak. Pelbagai kenangan pahit manis dilalui bersama-sama di sini. Ada diantara kami kali pertama menaiki kapal terbang. dan pertama kali bermain bolasepak di Stadium Negeri Sarawak. Pada pukul 7.00 pagi kami menaiki bas menuju ke destinasi terakhir iaitu pasar Serikin, di sempadan Malaysia-Indonesia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dan melalui kawasan kampung-kampung dan bukit-bukit. Sungguh tidak disangka-sangka apabila kami sampai di sana dan mendapati terdapat satu pasar yang besar menjual barang-barang kraftangan dan hasil-hasil tanaman penduduk setempat. Barangan di sana adalah murah memandangkan penjual-penjual, yang kebanyakannya berbangsa Indonesia, menjual barangan yang sama. Setelah membeli-belah kami pulang berehat di hotel dan seterusnya terus menaiki bas ke lapangan terbang. Kami sampai di Perlis lebih kurang pukul 2.30 pagi.

No comments:

Post a Comment