Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Wednesday, May 6, 2009

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Perlis 2009

Pada pagi ini, satu kenangan indah telah terpahat di dewan syarahan, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, apabila pasukan forum Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan yang tercinta telah memenangi Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Perlis. Bertolak seawal 7.00 pagi dengan diiringi oleh Puan Raja Razimah, Puan Siti Rohaini dan Encik Abdul Manaf, pasukan sekolah sekali lagi mengharumkan nama sekolah setelah berjaya pada pusingan zon utara baru-baru ini. Pada peringkat kali ini, cabaran adalah lebih besar memandangkan mereka terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan dari sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah akademik negeri iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Derma, MATRI, SMK Kuala Perlis dan SMK Dato' Ali Ahmad. Walaupun agak kelihatan gugup ketika menanti giliran mereka berforum, akan tetapi mungkin kehadiran Tuan Pengetua, Encik Abdul Aziz Bin Abdullah, dan Guru Kanan Bahasa, Encik Ishak Bin Hassan memberikan sokongan padu, mereka berjaya mengekalkan kebersahajaan mereka semasa mengupas isi-isi penting di atas pentas berdasarkan tajuk forum yang diberi 'keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja: Di mana penyelesaiaannya'. Berkat dorongan jurulatih dan usaha yang keras, pasukan SMKSH bukan sahaja diumumkan sebagai johan akan tetapi Syed Muhd Anwar Bin Syed Lokman Hakim telah terpilih sebagai pengerusi terbaik. Forum yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pelajaran negeri Perlis dan Dewan Bahasa dan Pustaka ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi dengan SMK Dato' Ali Ahmad sebagai pengelola. Perasmian oleh Ketua Sektor Unit Psikologi dan Kaunseling. Pemforum-pemforum sekolah; Syed Muhd Anwar Bin Syed Lokman Hakim, Siti Nabilah Binti Mustaffa, Amira Binti Salim, Nur Sazielah Binti Yusoff dan Nour Amera Binti Md Nordin akan meneruskan perjuangan Perlis di negeri Perak pada 15 hingga 18 Jun 2009 ini.

No comments:

Post a Comment