Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti

Mulai esok sehingga 14 Jun 2009, semua sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia termasuklah SMK Syed Hassan akan mula bercuti pertengahan tahun. Semua warga Syed Hassan nampaknya ceria pada hari ini memandangkan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga selama 3 minggu. Golongan yang paling ceria ialah pelajar-pelajar sukan tingkatan 1 yang tinggal di asrama kerana peluang seperti ini jarang-jarang dapat dikecapi. Walau bagaimanapun, mereka tetap menjalankan tanggungjawab terakhir sebelum bercuti iaitu mengemaskan kelas dengan senang hati. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Wadzirah Ridzuan, sebagai ibu kedua kepada pelajar-pelajar ini turut memberikan peringatan dan pesanan yang harus dipegang sepanjang masa cuti nanti. Namun begitu, sanjungan harus diberikan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang bertugas pada musim cuti ini terutamanya yang pergi berjuang membawa nama baik sekolah dan negeri di kejohanan-kejohanan MSSM seluruh Malaysia. Saya dan rakan-rakan di Blog SMK Syed Hassan mengucapkan selamat bercuti dengan ucapan jangan lupa buat kerja sekolah dan rajin-rajinlah menolong ibu-bapa anda di rumah. Seperti ikrar bekas pelajar saya dahulu 'setinggi mana kejayaan ditempa, pulang mencium tangan ibu bapa'.

No comments:

Post a Comment