Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Thursday, May 21, 2009

Perkhemahan PKBM 2009

Perkhemahan PKBM peringkat negeri Perlis 2009 telah dijalankan di Pusat Kokurikulum Timah Tasoh pada 3 hingga 6 April 2009. Penyertaan ahli kadet SMKSH ialah seramai 2 platun lelaki dan perempuan atau seramai 42 orang. Perkhemahan kali ini diiringi oleh 2 orang guru kadet iaitu Encik Ahmad Tarmizi B. Khamis dan Encik Zulkefle B. Mohd Nor. Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah kawad kaki bersenjata lelaki dan perempuan, pandu arah lelaki dan perempuan, menembak lelaki dan perempuan serta menempuh halangan lelaki. Pasukan sekolah telah mengungguli acara menembak. Muhd Anuar Fahmi, Anes Aqila dan Adila berjaya mendapat tempat terbaik dalam acara tersebut manakala Mohd Faizal Hajazi dan Muhd Iqbal Had telah terpilih mewakili pasukan Perlis ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Sabah pada 2009.

No comments:

Post a Comment