Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Thursday, May 14, 2009

Bolasepak Piala KPM-FAM (Sarawak) Hari Pertama

Pada hari ini, skuad bolasepak bawah 14 dan 17 SMKSH seramai 50 orang, memulakan perjalanan untuk perlawanan terakhir di Sarawak. 2 buah bas Bintong bertolak dari sekolah pada pukul 12 tengahari selepas pasukan bawah 17 habis mengambil peperiksaan. Rombongan kemudiannya berhenti makan di Restoran Haji Ramli Nasi Kandar Ayam Kampung di Simpang Empat Kangkong, Kedah. Selesai menjamu selera, kami terus ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan menaiki kapal terbang terus ke Kuching, Sarawak. Kapal terbang airbus Air Asia yang dinaiki rombongan berlepas dari Pulau Pinang pada pukul 5.45 petang. Kehadiran laporan blog pada malam ini bermakna rombongan telah selamat sampai ke Kuching, Sarawak. Setelah mendaftar diri di Hotel Liwah, rombongan berehat untuk aktiviti esok. Selamat Malam.

No comments:

Post a Comment