Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Friday, May 8, 2009

Program Peningkatan Sahsiah dan Pengimarahan Surau

Program Peningkatan Sahsiah dan Pengimarahan Surau pada pagi ini mensasarkan pelajar-pelajar tingkatan 2. Program dimulakan dengan bacaan surah Yaasin yang diketuai oleh 2 orang pelajar dari kelas 2 Abid dan seterusnya sedikit tazkirah daripada Ustazah Rozita. Antara isi kandungan tazkirah ialah kita sepatutnya menjaga kebersihan sebagaimana sabda Nabi 'Kebersihan ialah sebahagian dari iman'. Ustazah juga menggalakkan sikap bantu membantu seperti bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan menjaga kesihatan. Antara guru-guru lain yang hadir ialah Ustazah Maslina, Ustazah Rohani, Ustazah Sharifah dan Puan Noor Azlina.

1 comment:

  1. perbanyakkan lagi aktiviti kerohanian untuk pelajar aliran agama...jangan mereka dilabelkan seperti rakan2 yang lain!

    ReplyDelete