Powered By Blogger

Selamat Datang Ke Blog SMK Syed Hassan

"Selamat Datang" diucapkan kepada para pengunjung blog. Blog ini telah dimulakan pada 15 April 2009 pada pukul 8.30 pagi di BTPN Perlis. Kandungan blog adalah mengenai kegiatan-kegiatan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Selamat melayar.

Saturday, May 9, 2009

Latihan Menembak kadet polis

Pada pagi ini, seramai 18 orang platun lelaki dan perempuan kadet polis SMKSH bersama guru penasihat,Inspektor kadet Abdul Latif bin Ahmad dan Inspektor kadet Azmira binti Othman, telah menghadiri satu latihan menembak di Lapang sasar Sungai Batu Pahat, Perlis. Pasukan bertolak dari sekolah menaiki trak polis lebih kurang pukul 8.00 pagi dan sampai ke Lapang sasar pada pukul 8.15 pagi. Sesampainya di sana, pasukan kadet diberikan takmilat tentang cara-cara menggunakan senjata M-16 dan beberapa langkah keselamatan yang perlu diikuti sebelum menembak. Setiah ahli diberikan sepuluh butir peluru dan perlu menembak dalam keadaan meniarap dan duduk. Guru-guru penasihat juga diberikan peluang untuk menembak selepas itu. Aktiviti tamat pada pukul 12.00 tengahari selepas mengangkat sumpah. Pelajar-pelajar SMKSH yang berminat untuk menembak, sila mendaftar sebagai ahli kadet polis pada tahun hadapan.

2 comments: